Apa itu SFC-Soccer Schools?
Adalah sebuah program bola sepak akar umbi oleh Selangor FC bertujuan untuk mendedahkan seberapa banyak anak muda kepada permainan bola sepak. Program sekolah bola sepak (soccer schools) ini merupakan langkah pertama (pengenalan) perjalanan bola sepak, sukan & pembelajaran hidup untuk anak anda. Latihan bola sepak kami dijalankan setiap minggu dengan selesa di sekolah anak anda. Program ini adalah program latihan bola sepak mingguan untuk anak anda di sekolah mereka.
Adakah saya perlu membuat bayaran untuk anak saya serta dalam program ini?
Ya, ini adalah sebuah perkhidmatan yang berbayar. Anda perlu mendaftarkan anak anda dan membayar yuran Pendaftaran serta yuran bulanan supaya anak anda dapat serta dalam latihan mingguan di sekolah mereka.
Berapa jumlah sesi yang anak saya akan mengikuti setiap bulan?
Ia bergantung kepada hari sesi tersebut diadakan mengikut jadual latihan sekolah anak anda. Jika hari itu untuk bulan tersebut mempunyai 4 hari maka anak anda akan dapat 4 sesi untuk bulan tersebut.
Sebagai contoh: Sekolah Kebangsaan A memilih hari latihan Sabtu pagi. Untuk Bulan Januari 2021, pelajar yang telah berdaftar untuk program SFC-SS di Sekolah Kebangsaan A akan mendapati 5 sesi untuk Bulan January 2021.
Adakah jurulatih anak saya di program SFC-Soccer Schools mempunyai kelayakan yang diperlukan?
Semua jurulatih yang menyertai program SFC-SS telah menjalani program Onboarding Soccer Schools wajib (program pendidikan jurulatih) dengan Selangor FC sehingga mereka dilengkapi dengan pengetahuan terbaik untuk melatih, mengajar & memberi inspirasi kepada anak anda. Kami juga memastikan dan memberikan semua sokongan yang diperlukan untuk semua jurulatih SFC-SS kami untuk mendapatkan Lesen Akar Umbi (Grassroots) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (klik pautan ini untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Lesen Akar Umbi FAM Football Association Malaysia (FAM) Grassroots License)
Bagaimana saya boleh mendaftar anak saya untuk pogram ini?
Perincian Proses Permohonan boleh didapati di laman web kami. Klik butang daftar sekarang dan mulakan proses pendaftaran anak anda ke dalam program kami yang akan dijalankan di sekolah anak anda.
Bolehkah anak perempuan saya mengikuti latihan bola sepak di sekolahnya?
Sila daftarkan anak perempuan anda untuk mengikuti program ini sekiranya dia gemar bermain bola sepak. Kami sangat mendorong penglibatan perempuan untuk program ini. Terutama pada usia di bawah 12 tahun kanak-kanak perempuan selamat dan boleh bermain bersama anak lelaki. Walaupun begitu, kami berusaha sedaya upaya untuk mewujudkan kumpulan budak perempuan untuk bermain bersama mereka di sekolah-sekolah juga.
Apakah durasi masa latihan program SFC-SS setiap minggu?
Waktu latihan program setiap minggu adalah minimum untuk durasi 1 jam 15 minit (75 minit) hingga maksimum 1 jam 30 minit sahaja. Masa latihan ini disyorkan untuk kebaikkan kesihatan & keselamatan anak anda serta untuk memastikan perkembangan anak anda yang optimum.
Bagaimana jika saya ingin menghubungi SFC-SS?
Untuk sebarang pertanyaan tentang program SFC-SS, sila hantarkan e-mel ke soccerschools@selangorfc.com dengan soalan anda dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Saya tidak dapat mencari sekolah anak saya dalam senarai sekolah yang ada. Bagaimana saya boleh mencadangkan sekolah anak saya untuk program SFC-SS?
Sekiranya anda berminat untuk mencadangkan sekolah anak anda untuk serta ke dalam program SFC-SS, sila klik butang Cadangkan Sekolah dan isikan perincian sekolah anak anda. Kami akan hubungi pihak sekolah dan anda dalam masa terdekat.
Siapa akan bertanggungjawab dan menanggung kos perubatan jika berlakunya kecederaan kepada anak saya (peserta program)?
Kos perubatan segala kecederaan yang dihadapi anak anda (peserta program) adalah atas tanggung jawab sendiri dan juga ibu bapa peserta. Pihak SFC-SS tidak akan menanggung sebarang kos untuk merawat kecederaan yang berlaku semasa apa-apa sesi latihan atau pertandingan berlangsung.